News Detail

Dah Dapat Kunci Rumah Nak Buat Apa?

Untuk rakan2 yang baru beli rumah terutama kategori SUBSALE atau 2ND HAND, anda perlu menukar SENDIRI nama segala bil utiliti.

Jika anda selaku pemilik baru belum menukar nama & pemilik lama pula sudah tamatkan bekalan untuk mendapatkan deposit, proses akan jadi lebih rumit. Anda kena datang ke TNB sendiri untuk daftar akaun baru, TAK BOLEH buat secara online. Lagi teruk, bekalan ditamatkan & penghuni bergelap la sebelum dapat penyambungan bekalan baru.Β 

πˆππ†π€π“!!! ππ„π‘πŠπ€π‘π€ π˜π€ππ† 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‚πˆ

Tukar nama bil2 utiliti kepada nama anda. Saya kongsikan serba sikit untuk panduan anda :

1. (TNB) https://myaccount.mytnb.com.my/ – create login id baru jika belum ada. Pastikan anda ada BIL pemilik sebelum ini. Apply baru dengan sediakan dokumen SALES & PURCHASE AGREEMENT & MyKad anda

 

2. (Air Selangor) https://crisportal.airselangor.com/ –Β  create login id baru jika belum ada. Pastikan anda ada BIL pemilik sebelum ini. Apply baru dengan sediakan dokumen SALES & PURCHASE AGREEMENT & MyKad anda . Bergantung pada syarikat air negeri masing2 ya

 

3. (Cukai Pintu dengan PBT) https://eps.mbsa.gov.my/ – create login id baru jika belum ada. Pastikan anda ada BIL pemilik sebelum ini. Apply baru dengan sediakan dokumen SALES & PURCHASE AGREEMENT, Title(geran) & MyKad anda . Ini contoh untuk MBSA(Shah Alam).Β 

 

4. (indah water) https://www.iwk.com.my/ – create login id baru jika belum ada. pastikan anda ada BIL pemilik sebelum ini. Apply baru dengan sediakan dokumen SALES & PURCHASE AGREEMENT & MyKad anda.

 

5. JMB – bagi rumah seperti apartment,flat atau condo,sila terus ke pejabat JMB untuk urusan tukar nama.

 

PENTING untuk anda terus uruskan segala hal ini ya untuk mengelakkan segala masalah di masa hadapan. Bukan tugas LAWYER untuk uruskan segala hal ini,jika LAWYER uruskan pun, mungkin ada lebihan bayaran anda kena bayar.


Credit : Ahmad Hazarul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare