News Detail

7 soalan penting sebelum beli apartment pertama anda.

Rumah jenis high-rise menjadi pilihan rata-rata ramai orang yang baru nak berjinak dalam pelaburan hartanah. Tak kira sama ada kos sederhana atau rendah. Tak salah beli dulu hartanah macam ini sebagai permulaan. Janji ia hasilkan aliran pendapatan pasif yang baik (positif). Kayuh perlahan-lahan dulu, bak kata orang. Tapi, ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan dulu sebelum beli hartanah jenis ini. Dan In Shaa Allah, perkongsian Tuan Arif Hussin ini akan membantu anda buat keputusan yang terbaik.

1: Boleh ke beli tingkat paling atas sekali?

Tak salah nak beli tingkat atas kalau  anda bersedia hadapi sebarang risiko yang ada. Ramai suka pilih dan beli tingkat tertinggi sebab pemandangan yang cantik dan lebih privacy.

Mungkin juga, tak ada banyak masalah seperti pemilik rumah tingkat bawah. Tapi, belum tentu semuanya indah belaka. Kalau bumbung rumah tak dibina dengan baik, rumah itu boleh jadi amat panas pada waktu tengahari. Paling tak best, kena pula atap bocor bila hujan dan lif rosak.

Anda sanggup tak nak handle masalah macam ni? Dan yang paling penting, periksa dulu tahap tekanan air kat rumah tu. Sebab tangki air terletak kat bumbung atas apartmen, tekanan air mungkin rendah untuk unit tingkat tertinggi. Mungkin anda kena melabur duit lebih sikit untuk install pam air.

2: Kalau beli unit tingkat bawah sekali, okay tak?

Tak kurang ramai juga yang lebih suka beli rumah kat tingkat bawah. Opsyen ini menjadi pilihan utama sebab berikan banyak kelebihan kat pemilik. Owner rumah tak payah nak naik lif (tak payah risau pasal kes lif rosak) dan juga senang ahli keluarga datang melawat.

Tapi, kalau korang jenis yang jadikan privasi sebagai prioriti, mungkin anda terpaksa timbal balik nak beli unit macam ni. Sebab rumah tingkat bawah sekali adalah kawasan bertanah, ramai orang lalu-lalang dan masalah bunyi.

Selain itu, rumah ini juga ada potensi jadi sasaran perompak. Sebab senang mereka nak buat kerja. Kalau tingkat atas, mungkin susah sikit nak terkena. Tapi tak bermakna ia 100% selamat ya.

Orang rumah tingkat bawah akan jadi mangsa penduduk yang tak bertanggungjawab. Sebab orang atas malas nak turun, ada je kes buang sampah ke tingkat bawah. Benda ni selalu jadi kat apartment kos sederhana dan rendah.

3: Sentiasa periksa dulu tekanan air rumah anda

Ini salah satu checklist yang penting kita kena buat. Kalau tak, boleh jadi menangis tak berlagu. Setiap kali nak beli rumah jenis apartment (tak kira tingkat berapa pun), periksa dulu tekanan air semua paip yang ada kat dalam rumah tu.

Lihat sama ada tekanan air itu ok atau sebaliknya. Sebab ini adalah masalah utama kalau beli rumah jenis apartment, lebih-lebih lagi yang bertingkat-tingkat tingginya.

4: Ada tak tempat parking yang cukup?

Semak bilangan tempat parking kereta di unit yang nak dibeli. Ada sesetengah apartment tak sediakan kawasan parking kereta. Jadi, kalau nak tahu, ringankan mulut bertanya pihak management atau jiran sekeliling.

Tak ada siapa suka berlumba-lumba untuk dapatkan tempat parking kereta. Dan kalau boleh, beli apartment yang siap dengan tempat parking untuk kereta anda.

Ini lebih selamat berbanding parking kereta kat tempat lain sekitar apartment. Anda bukan bayar untuk kediaman semata-mata, tapi juga bayar untuk sekuriti.

Dan ini termasuk keselamatan kenderaan anda. Kalau dalam iklan kata ada 2 parking, pastikan betul-betul ada 2. Sebab ada juga kes penjual menipu pembeli. Bila dah beli, baru tahu unit tu tak termasuk kotak parking kereta seperti yang dijanjikan.

5: Anda ambil kira tak kos penyelengaraan?

Beli rumah jenis apartment tak sama dengan beli rumah jenis landed (atas tanah). Kalau beli apartment, wajib untuk kita ambil kira kos penyelenggaraan (maintenance fee) dan masukkan dalam bajet siap-siap. Ini adalah komitmen yang perlu pemilik rumah jelaskan supaya pihak management boleh selenggara kawasan apartment dengan baik.

Tapi, anda juga perlu berhati-hati. Ada juga kes pihak management yang tak buat kerja maintenance dengan baik. Padahal, kita bayar kos ini setiap bulan tanpa gagal. Kalau masalah ini berlaku, cepat-cepat buat report ke jabatan kerajaan atau mana-mana badan NGO yang berkaitan. Ini adalah hak anda, selagi anda tak ada masalah jelaskan kos maintenance ni.

6: Pastikan dulu jenis hakmilik apartmen yang anda nak beli

Kalau apartment ini dah lebih tempoh 10 tahun, pastikan unit yang anda nak beli tu ada geran strata. Kalau tak, susah nak lulus pemohonan pinjaman kalau jadi kes macam ni. Kami sarankan supaya berbincang dengan perunding hartanah kalau korang betul-betul serius nak teruskan pembelian. In Shaa Allah mereka akan cuba bantu anda dengan baik.

7: Anda dah tahu status tanah apartment?

Setiap kali anda nak beli rumah jenis apartment, semak dahulu status tanah unit tu. Sebab ada apartment yang dibina atas tanah berstatus komersial. Dan bila unit itu dibina atas tanah ini, tarif air, eletrik, dan cukai pintu dah pasti akan jadi lebih tinggi mengikut tarif komersial.

Jadi, tak boleh ke nak beli apartment tingkat atas (atau bawah sekali)?

Tips yang dikongsikan di sini adalah sebagai panduan saja. Yang penting sekali, pembeli itu sendiri kena buat keputusan pembelian yang tepat lepas dah kaji dan ambil kira segala perkara yang perlu.

Pastikan keputusan yang anda buat itu adalah informed decision. Boleh je nak beli rumah tingkat atas atau bawah sekali. Yang penting, kita perlu tahu dulu risiko dan baik buruk bila membeli unit itu.

Selagi tak jawab semua soalan ini, tangguh dulu pembelian dan ambil masa sikit untuk fikirkan balik keputusan pembelian tu.

sumber : gilahartanah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare