Tip Ni Untuk Korang Yang Serious Nak Beli Rumah!
Tip ni sangat berguna untuk korang yang on the way nak beli rumah menggunakan pinjaman daripada bank. Kalau korang kaya dan nak beli rumah secara cash, atau pinjam daripada parent (mungkin parent korang ada RM2.6bil), bolehlah berhenti disini. Korang jangan baca.
Beli rumah ni bukan macam beli goreng pisang seringgit tepi jalan. Tanpa ilmu, korang hanya akan buang masa, buang tenaga dan buang duit.
So, nak kena buat apa kalau betul-betul nak beli rumah?
1) Semak Laporan Kredit
Ini pun ramai dah gagal. Benda apa pula laporan kredit ni? Alahai… macam report card masa kau sekolah dululah. Semua subjek yang kau ambil ada dalam report card. Jadi parent kau tahu macamana prestasi pelajaran kau.
Laporan Kredit ni dijana oleh agensi kredit yang diiktiraf di Malaysia. Tujuannya adalah, merekodkan pembayaran untuk pinjaman yang sedia ada. Kalau korang ada apa-apa pinjaman dengan pihak bank, setiap pinjaman akan direkodkan dalam laporan ni. Bank pun nak tahu, korang ni bayar pinjaman macamana. Mesti pernah dengar CCRIS, CTOS atau RAMCI kan?
Ni antara sumber yang digunapakai oleh bank untuk menyemak rekod pembayaran pinjaman korang. Kalau laporan kredit korang tak cantik, jangan sembang pasal nak beli rumah. Kalau korang pun, nak ke pinjamkan duit dekat kawan yang susah nak bayar semula?
Rekod cantik tu macamana?
Untuk CCRIS, rekod yang cantik adalah, dalam tempoh 12 bulan terkini, semua skor korang nombornya “0”. Kalau skor ada nombor “1”, pastikan tak kerap sangat. Kalau ada skor nombor “2” dan ke atas, jangan buang masa untuk beli rumah. Pinjaman korang 80% akan gagal.
Untuk CTOS pula, rekod yang cantik adalah, tiada kes mahkamah seperti bankrupt atau saman dari mana-mana pihak disebabkan kegagalan korang membayar balik pinjaman dengan pemberi pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan.
Okay, dah semak. Kalau rekod tak cantik, macamana? (bayarlah hutang woi!)
Bukanlah bermakna dunia ni dah berakhir!
Ada 2 cara yang boleh dilakukan:
- Jika sebelum ni korang memang jenis culas nak bayar pinjaman, pastikan korang mula bayar pinjaman bagi cantik setiap bulan tepat pada masanya. Bayar kalau lambat seminggu pun tak guna. Selalunya laporan CCRIS ni cuma menyimpan rekod pembayaran untuk 12 bulan terkini sahaja. Jadi, fokus untuk bayar pinjaman bagi cantik dulu untuk tempoh 12 bulan. Bila dah cantik, baru tengok #2 kat bawah.
- Tinggal sikit sangat lagi outstanding balance untuk langsaikan pinjaman, apa kata langsaikan je terus. Rekod culas tu akan hilang selepas 2, 3 bulan. Jadi, tak payah lah tunggu 12 bulan.
- Jika CTOS ada rekod saman, cuba selesaikan saman tersebut. Tetapi, lepas korang selesaikan masalah CTOS ni, mungkin kena tunggu agak lama untuk rekod dikemaskini.
2) Semak Kelayakan Maksimum
Laporan Kredit dah cantik, dah boleh beli rumah lah kan?
Belum lagi, belum lagi! Penting untuk semak kelayakan maksimum dulu, supaya korang tak menyesal pilih rumah yang over-budget (ukur baju di badan sendiri). Nak tempah rumah perlukan modal. Bila korang tempah, ejen hartanah akan meminta bayaran pendahuluan “earnest deposit” sebanyak 2%-3% dari harga rumah. Katakan korang nak beli rumah pada harga RM500,000. Jadi bayaran pendahuluan yang perlu dibayar lebih kurang dalam RM10,000.
Nak dijadikan cerita, pinjaman kena reject sebab korang beli rumah diluar kemampuan, dan bank tak yakin korang boleh bayar balik pinjaman tersebut. Bila nak cancel booking tadi, korang rasa dapat balik tak bayaran pendahuluan tu? Susah nak cakap, sebab perlu rujuk semula syarat dan terma yang ditetapkan semasa korang tandatangan bayaran pendahuluan tu. RM10,000 tu banyak! Boleh buat duit hantaran ke kan? Jangan membazir.
3) Macamana Nak Tahu Kelayakan Maksimum Pinjaman?
Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan secara online disini. Percuma je!
Masukkan info yang diperlukan. Jangan bimbang, info korang dilindungi sepenuhnya oleh PDPA. Lepas dah selesai masukkan info, laporan kelayakan pinjaman perumahan akan dihantar terus ke emel korang. Dalam laporan tersebut, disertakan bersama maksimum kelayakan pinjaman daripada 15 bank.
Wow! Korang ada masa ke nak pergi satu-satu bank dan tanya? Kalau tak, jadilah pengguna yang bijak. Kalau masih tak faham macamana nak baca laporan tersebut, meh lah tempek screenshot laporan yang korang terima dalam email ke askanexpert@loanstreet.com.my
Okay, sekarang Laporan Kredit dan cantik, Kelayakan Pinjaman pun dah tau, bolehlah beli rumah yang korang idam-idamkan tu. Kalau 2 benda ni korang dah settle, Insya-Allah pinjaman korang akan lebih mudah dan sepatutnya lulus dengan cemerlang!
Sumber : loanstreet.com.my