News Detail

Semak Nilai Pasaran Sebelum Membeli Rumah

Semak nilai pasaran hartanah semasa sebelum membeli.

+Sangat penting untuk kita menyemak nilai pasaran hartanah semasa sebelum proceed membayar booking.
.
+Ini disebabkan bank memberi pembiayaan mengikut harga pasaran semasa bukan mengikut harga suka hatiberapa pembeli/penjual mahukan.
.
+Namun sekiranya harga beli lebih rendah dari harga pasaran bank akan mengikut harga yang lebih rendah.
.
+Sebagai contoh:-
Ali membeli rumah teres di Gombak dengan harga RM600k dari pemilik. Ali terus membayar deposit dan memohon pembiayaan bank.
.
+Tetapi nilaian bank hanya beri sehingga RM500k sahaja.
.
+Bank memberi margin 90% kepada Ali dari harga RM500k.
.
+Ini bermaksud Ali perlu topup RM100k iaitu beza harga nilaian sebenar dan tambahan lagi RM50k kerana margin hanya 90% dari RM500k. Jumlah yang perlu ditambah adalah RM150k.
.
+Jangan terburu-buru, semak nilaian semasa hartanah yang nak dibeli.
.
+Perlu diingat nilai semasa mungkin berbeza atas faktor tertentu dan ianya adalah pandangan dari Valuer Profesional.
.
+Format yang tepat diperlukan untuk menyemak nilai pasaran semasa.

Selamat Membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare