News Detail

5 Tips Anda Perlu Ambil Tahu Ketika Pergi ‘Viewing’ Rumah Yang Ingin Dibeli (Bagi Elak Rugi)

Proses viewing rumah yang hendak dibeli sangat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekesalan selepas anda selesai menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA) rumah tersebut.

Oleh yang demikian adalah penting bagi semua, terutamanya yang ingin membeli rumah pertama, mengambil perhatian kepada tips-tips yang bakal disediakan ini.
Tips ini sangatlah mudah namun menyeluruh dan penting.

Walau bagaimanapun mungkin ramai yang terlepas pandang oleh kerana terlalu excitedketika mahu membeli rumah itu ditambah pula dengan ayat-ayat manis yang ditaburkan oleh ejen hartanah.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil semasa sesi viewing rumah:

1. Tahu terlebih dahulu status rumah yang ingin dibeli

Sekiranya anda membeli rumah tersebut menggunakan khidmat ejen hartanah, anda perlu meminta beliau nyatakan terlebih dahulu status rumah itu seperti keadaan rumah dan sebagainya. Ini penting supaya anda mendapat gambaran berkenaan rumah itu.

Sebagai pembeli, anda juga perlu tahu berapa kelayakan pinjaman atau loan anda serta harga rumah yang ingin dibeli. Jangan sesekali view rumah yang sememangnya diluar kelayakan loan anda.

Selain itu, sekiranya ejen benyak bertanyakan tentang kelayakan loan anda sebelum proses viewing, nyatakan secara jujur dan berikan semua maklumat yang diperlukan. Ejen itu sebenarnya sedang membantu anda kerana ramai yang salah faham dan menganggap ejen banyak songeh.

2. Periksa setiap kerosakan, ambil gambar dan buat catatan

Semasa proses viewing, pastikan anda teliti pada setiap inci rumah tersebut dan sekiranya terdapat sebarang kerosakan, anda perlu catat kerosakan tersebut disertakan dengan gambar sebagai bukti.

Ambil maklum setiap kerosakan yang ada walaupun kecil seperti kerosakan lantai sama ada pecah, terdapat gelembung dan sebagainya. Ambil maklum juga masalah tekanan air rendah, terdapat keretakan pada dinding atau lantai, masalah anai-anai dan lain-lain.

Bagi rumah berstrata (flat, apartment atau condo) pula, pastikan tiada masalah kebocoran atau leaking dari bahagian atas rumah atau bahagian bawah rumah. Masalah leaking sangat rumit, perlu kepada usahasama 2 pihak, iaitu dua tuan rumah.

Tips untuk mengenalpasti sama ada terdapat masalah leaking atau tidak;

1. Lihat di bahagian siling rumah. Jika terdapat kesan air atau di bahagian celah antara siling dan dinding rumah.

2. Jika sempat, tanya kepada penghuni unit di bawah unit yang anda hendak beli sama ada terdapat masalah leaking dari siling rumahnya iaitu dari lantai rumah yang anda mahu beli.

Harus diingat bahawa kerosakan di dalam unit rumah adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah, dan bukan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Jika rumah yang dibeli, ‘diserah’ bersama dengan penyewa, anda boleh tanya secara terus dan telus kepada penyewa itu jika terdapat sebarang masalah kebocoran atau lain-lain.

3. Kenalpasti kejiranan anda bagi menjamin keselesaan apabila mula tinggal di sana

Kelebihan membeli rumah subsale ialah boleh kenalpasti kejiranan berbanding rumah baru yang kita tidak tahu siapa jiran kita.

Namun begitu kriteria untuk memilih kejiranan adalah subjektif, kerana lain orang lain citarasanya.

Disclaimer: Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dibeli atas tangan pihak lain selepas pemaju atau dalam bahasa pasar disebut rumah second hand.

4. Mengambil tahu sikap JMB seperti komitmen mereka terhadap tugasan

Ini bagi kes rumah strata. JMB bermaksud Joint Management Body atau Badan Pengurusan Bersama yang menguruskan sesebuah bangunan tersebut desertakan dengan bayaran bulanan (maintenance) kepada JMB.

JMB yang bagus adalah JMB yang sangat peka pada keselamatan, keselesaan, kebersihan penduduk.

Setiap aduan akan diambil perhatian. Terdapat JMB yang sangat proaktif namun terdapat juga JMB yang memang tak peduli tentang aduan penduduk.

5. Perhatikan keselamatan persekitaran rumah yang yang dibeli

Ketika dibawa untuk proses viewing rumah hendak dibeli, anda perlu memeriksa keadaan keselataman di kawasan tersebut. Sebagai contoh, kejiranan yang mempunyai security guard adalah lebih baik namun sekiranya tiada, tidak menjadi masalah asalkan persekitaran adalah selamat.

Maksud selamat bererti selamat dari gangguan manusia atau haiwan liar seperti anjing liar, kera dan sebagainya.

Info tambahan

Membeli rumah bukan seperti membeli barangan lain di mana ia memerlukan kos yang tinggi dan melibatkan perjanjian dengan pihak-pihak lain seperti bank, peguam dan sebagainya.

Oleh itu, ketelitian adalah sangat penting ketika berlakunya proses jual beli. Pilihlah ejen hartanah berdaftar untuk keselamatan dan keselesaan anda serta demi kesenangan masa depan ada.

Informasi diambil daripada laman web pakar, Says dan Hartanah Wow.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Compare