Saya Lailawati merupakan Perunding Hartanah berdaftar bersama Syarikat Ejensi Hartanah terkemuka MN Associates. Membantu ramai klien menguruskan jual beli hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Dengan pengalaman saya 5 tahun dalam bidang perbankan dan kini saya Perunding Hartanah sepenuh masa, saya mampu membantu pemilik menguruskan segala urusan penjualan hartanah dan yang paling utama adalah dengan mendapatkan pembeli yang tepat & berkelayakan untuk melancarkan segala urusan daripada awal sehingga akhir.
Saya komited membantu anda menguruskan jual beli hartanah anda secara telus dan amanah.
Nombor pendaftaran Perunding Hartanah saya ialah REN 32681